Header Ads

test

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin

 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin turun padang santuni nelayan pantai di Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah, pagi ini.

Keadaan fenomena ribut serta ombak bergelora telah menyebabkan seramai 34 orang nelayan pantai tidak dapat turun ke laut mencari rezeki buat keluarga. 





Beliau yang juga merupakan ADUN Kubang Rotan mengambil inisiatif membantu mangsa dengan menyampaikan sumbangan bakul makanan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Usai pertemuan bersama nelayan, beliau melawat ke kawasan banjir di Kampung Tengah, Kuala Kedah. 

Hujan lebat serta air pasang besar menyebabkan banyak kediaman ditenggelami air baru-baru ini.

Buat mereka yang diuji dengan masalah banjir, semoga tabah akan ujian tersebut dan senantiasa berwaspada dengan bahaya banjir.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan