Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen menerima kunjungan hormat dari Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Negeri Kedah. Banyak isu penting dibincangkan, termasuk peruntukan penyelenggaraan atau naik taraf sekolah dan program-program yang akan datang. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri telah menyediakan bajet sebanyak RM300,000 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dalam Bajet Negeri Kedah 2024. Peruntukan ini merupakan peluang baik untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi sekolah-sekolah di negeri Kedah. Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 9/30/2024, 12:30:16 PM 

Tiada ulasan