Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Struktur titi yang menghubungkan Kampung Badang, Baling dan Kampung Kuala Tawar di sempadan daerah Kulim telah terjejas akibat arus sungai yang deras semasa hujan lebat baru-baru ini. Keadaan ini menyebabkan tebing titi di Kampung Badang terhakis dan tiang sokongannya mendap. Titi ini digunakan oleh sekitar 44 keluarga di Kuala Tawar serta beberapa keluarga di Kampung Badang. Oleh itu, titi ini ditutup sementara dan penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif lain. ADUN Kupang, YB Brigedier Dato' Haji Najmi Haji Ahmad telah meninjau keadaan titi bersama Penghulu Mukim Bakai, Ahmad Ruzaini Mad Saad, Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Badang, Amran Arshad dan Pegawai Khas ADUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar. Masalah titi ini akan diberi perhatian oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kupang dan agensi berkaitan. "Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 9/22/2024, 3:00:51 PM 

Tiada ulasan