Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Muhammad Rayyan Mikail bin Mohd Yazid, yang berusia 10 tahun menghadapi ujian berat sejak lahir dengan masalah pernafasan dan masih memerlukan alat bantuan pernafasan pada waktu tertentu. ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria telah beberapa kali menziarahi Rayyan dan memberikan bantuan kepada keluarganya. Kali ini, Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz, turun menziarahi keluarga Rayyan di Kampung Padang Gelanggang. Dalam lawatan tersebut, sumbangan wang dan pek makanan telah diserahkan sebagai sokongan moral dan bantuan kepada Rayyan dan keluarganya. Mari kita doakan semoga Adik Rayyan diberikan kesembuhan dan pulih seperti sediakala. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #TheGreaterKedah #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 9/10/2024, 10:32:02 AM
Post a Comment