Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Lensa Majlis Penutupan Festival Insan Sejahtera Negeri Kedah Tahun 2024 di Masjid Tunku Sallehuddin, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani hari ini. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Festival ini diadakan bermula 7 September 2024 sehingga 8 September 2024 anjuran dari Sekreteriat Pembangunan Insan dan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Insan Negeri Kedah. Tujuan festival ini diadakan adalah sebagai salah satu inisiatif yang bersifat holistik dan komprehensif dirancang mengikut peringkat umur kanak-kanak dan dewasa. Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyampaian Anugerah Tokoh Festival Insan Sejahtera. Hadir sama Isteri Menteri Besar Kedah, Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh; Barisan Ahli Mesyuarat Negeri Kedah, ADUN dan Ahli Parlimen Negeri Kedah, Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato' Haji Abdul Gafar Yahya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah #thegreaterkedah -UPDA 9/8/2024, 7:28:57 PM
Post a Comment