Header Ads

test

SG4 TUBUH SYARIKAT, AGIH HASIL NEGERI SAMA RATA


SG4 TUBUH SYARIKAT, AGIH HASIL NEGERI SAMA RATA BANGI – Sidang Kemuncak Empat Kerajaan negeri (SG4) mengambil inisiatif menubuhkan Syarikat SG4 Global Sdn Bhd bagi membangunkan ekonomi dan meningkatkan taraf rakyat di negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Menurut Ketua Panel Penasihat SG4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, setiap negeri memiliki 25 peratus pemilikan di dalam syarikat itu. "Empat negeri di bawah SG4 ini berkongsi satu syarikat dan hasil pendapatan syarikat tersebut akan diagihkan secara sama rata sebanyak 25 peratus kepada setiap negeri, supaya negeri yang ketinggalan jauh, macam Perlis, boleh dapat hasil," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) di Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini. Jelas beliau lagi, syarikat ini bukan untuk membawa haluan lain daripada Kerajaan Persekutuan namun untuk membolehkan negeri-negeri itu nikmati kekayaan secara sama rata. "Kita tubuh bukan SG4 ini bukan nak bawa haluan lain daripada Kerajaan Persukutuan, tetapi kita nak tumpu pembangunan empat negeri ini yang tidak dapat kekayaan yang sama daripada negeri-negeri lain. "Umpamanya kita percaya industri nadir bumi (REE) ini satu punca kekayaan. Jadi REE ini bukan ada sama rata di setiap negeri, satu negeri mungkin lebih daripada negeri lain. "Di Terengganu, Kelantan dan Kedah kita sedia maklum ada REE yang banyak tetapi di Perlis ada dolomite (emas putih) yang digunakan untuk memproses REE itu. Jadi hasil ini digabungkan di dalam syarikat ini dan akan diagihkan hasil secara sama rata bagi pembangunan negeri," jelas beliau lagi. SG4 memfokuskan kepada lima kluster iaitu infrastruktur dan logistik; perdagangan, pelaburan dan perniagaan termasuk industri pelancongan; pertanian dan sekuriti makanan; perundangan dan modal insan; dan sumber dan pendapatan baharu. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #SG4 #experienceKedah #thegreaterkedah -UPDA 9/2/2024, 1:40:40 PM 

Tiada ulasan