48 MANGSA RIBUT DUN KUPANG TERIMA BANTUAN
48 MANGSA RIBUT DUN KUPANG TERIMA BANTUAN BALING - Seramai 48 orang mangsa ribut DUN Kupang terima bantuan tunai daripada Kerajaan Negeri Kedah, hari ini. Sumbangan ini disampaikan oleh ADUN Kupang, YB Brigedier Dato' Haji Najmi Haji Ahmad di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang. "Saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan para penerima untuk membaik pulih kerosakan rumah. "Rumah penduduk yang mengalami kerosakan besar, hal ini akan dipanjangkan kepada Pejabat Daerah Baling," ujarnya. Maklum beliau, kejadian ribut pada minggu lalu menjejaskan banyak rumah penduduk khususnya di Mukim Kupang dan Mukim Bakai. Hadir sama, Penghulu Mukim Kupang, Badrul Hisham Abedul Talib, Penghulu Mukim Bakai, Ahmad Ruzaini Mad Saad, Pengerusi Sekretariat PKWR DUN Kupang, Zulkifli Ramli, Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Mengkuang, Basri Zakaria, Pengerusi MKK Kampung Seratus Malau, Ridzuan Yusoff dan Pengerusi MKK Kampung Ulu Siputeh, Mohd Mokhtar Husain. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrisSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/6/2024, 4:30:22 PM
Post a Comment