Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali merasmikan Majlis Konvokesyen Program Yayasan PETRONAS empowerNCER Kemahiran dan Keusahawanan Daerah Kuala Muda dan Yan Tahun 2022/2024 di Dewan Camelia, Cinta Sayang Resort, Sungai Petani. Majlis Konvokesyen ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai 310 peserta yang telah berjaya menamatkan kursus kemahiran dan keusahawanan. Program ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan modal insan yang diperkenalkan oleh NCIA bagi meningkatkan taraf hidup rakyat, terutamanya masyarakat luar bandar di wilayah utara. Para graduan diberikan latihan kemahiran dalam bidang-bidang vokasional yang mempunyai permintaan tinggi antaranya Pemantapan Usahawan, Kursus Lifting Supervisor, Urutan & Penjagaan Selepas Bersalin, Penyenggaraan Automatif, Bakeri dan Barista dan banyak lagi serta dilengkapi dengan modul-modul bimbingan keusahawanan kotemporari. Setinggi tjnggi penghargaan diucapkan kepada pihak NCI dan Yayasan Petronas atas usaha murni yang telah diambil dalam meningkatkan kemahiran dan pendapatan para peserta yang terdiri dalam golongan B40. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/6/2024, 5:00:50 PM 

Tiada ulasan