ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar menyampaikan sumbangan Khairat Kematian sebanyak RM15,500 kepada 31 penerima, semalam
ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar menyampaikan sumbangan Khairat Kematian sebanyak RM15,500 kepada 31 penerima, semalam. Beliau turut menyampaikan bantuan awal kemasukan ke IPT kepada 11 mahasiswa di dalam DUN Gurun. Katanya, keseluruhan sumbangan kali ini menelan belanja sebanyak RM 18,800. "Anak saya nak masuk belajar di universiti, ada bantuan yang boleh saya mohon dak?" Soalan ini selalu ditanya oleh ibu ayah yang mahu menampung perbelanjaan anaknya yang akan masuk ke universiti. Kerajaan Negeri Kedah menyediakan tiga inisiatif untuk membantu anak Kedah yang memerlukan bantuan awal pengajian. 1) Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT). 2) Bantuan Pendidikan Melalui Tabung Tengku Mahmud. 3) Skim Agihan Awal IPT Melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah. Kredit Video : Baddrol Bakhtiar "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/9/2024, 3:00:37 PM
Post a Comment