Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berhubung isu-isu berkaitan Empangan dan Hutan Simpan Negeri Kedah di Pejabat Daerah Padang Terap. Mesyuarat ini melibatkan agensi seperti MADA, Jabatan Perhutanan, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Jabatan Perikanan, Majlis Keselamatan Negara, CGSO, PDRM dan Jabatan Perikanan Negeri Kedah. Turut serta dalam mesyuarat Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nurul Amin Hamid; ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin; ADUN Belantek, YB Ahmad Sulaiman; Pegawai Daerah Sik; pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah; Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap; Ibu Pejabat Polis Daerah Sik serta agensi-agensi lain yang terlibat secara langsung dan tidak lansung dalam pengurusan hutan simpan dan empangan. Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan penyelarasan antara agensi dapat dipertingkatkan demi melindungi sumber semula jadi Kedah daripada sebarang ancaman pencerobohan dan lain-lain. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/9/2024, 3:30:24 PM 

Tiada ulasan