Header Ads

test

𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐔𝐋𝐈𝐇 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐔𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐔𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊


𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐔𝐋𝐈𝐇 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐔𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐔𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊. Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah menyerahkan sumbangan Membaik Pulih Rumah Komuniti DUN Kuah yang terlibat bencana rumah kepada Mohammad Afzal Alla Raka di Kampung Hujung Penarak, Mukim Kuah. Serahan dibuat oleh Pegawai Khas ADUN Kuah, Faiz Abd Kadir bagi mewakili ADUN Kuah, YB Amar Pared Mahamud. Dalam kejadian air pasang besar tempoh hari sebahagian kawasan dapur rumah tersebut telah rosak teruk dan sebahagian runtuh akibat dipukul ombak besar. Atas keprihatinan Pusat Khidmat ADUN Kuah menyalurkan segera bantuan barang-barang keperluan untuk baik pulih seperti simen, batu, paip PVC dan besi Y12 diserahkan kepada pemohon. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi keselesaan kepada mereka sekeluarga. Turut hadir, Majlis Ketua Kampung (MKK) Penarak, Adnan Kamis. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/14/2024, 2:00:34 PM 

Tiada ulasan