Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din menghadiri Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB ADUN Alor Mengkudu yang diadakan sempena Hari Sukan Negara, disambut pada Sabtu lalu. Kejohanan yang disertai oleh 21 pasukan itu berlangsung di Padang Majlis Sukan Negeri Kedah, Kompleks Sukan Hijau Kuning, Alor Setar. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja, rakan-rakan strategik, urusetia, pasukan-pasukan yang bertanding, para penyokong dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang berlangsung. Kejohanan itu dimenangi oleh TSK FC (johan), ALOR BINJAL FC (naib johan), ALOR MELINTANG FC (tempat ketiga), KERAWANG FC (tempat keempat) #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/14/2024, 2:30:18 PM
Post a Comment