Header Ads

test

CORDOBA OF KEDAH: UniSHAMS TERUS UNGGUL LAHIRKAN PEMIMPIN MASA DEPAN


CORDOBA OF KEDAH: UniSHAMS TERUS UNGGUL LAHIRKAN PEMIMPIN MASA DEPAN KUALA KETIL – Kedah bakal mengulangi sejarah kegemilangannya melalui gagasan baharu yang dikenali sebagai The Greater Kedah. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, negeri itu akan melahirkan lebih ramai pemimpin masa depan yang mampu menerajui teknologi dan mengharungi arus moden dengan berpandukan prinsip Iman, Islam dan Ihsan. "Carilah hikmah dalam kehidupan biar apapun lapangan yang anak-anak akan tempuhi kelak kerana gagasan yang kita cetuskan di negeri ini iaitu 'The Greater Kedah' amat memerlukan anak-anak watan yang memiliki keupayaan, kebijaksanaan dan berdaya hikmah untuk membangunkan Negeri Kedah Darul Aman sebagai pelantar kecemerlangan ilmu dan kemajuan ketamadunan dan pembangunan ummah sejagat," kata beliau. Tambahnya, cabaran zaman kini memerlukan pemikiran yang kritis dan penilaian yang berhati-hati dalam segala keputusan kerana inilah yang akan membentuk nilai dan budaya seseorang. "Kita harus berpegang bahawa pembinaan tamadun yang hebat bergantung kepada sejauh mana masyarakatnya berkembang pesat dalam arus ilmu pengetahuan. "Kita berbangga dengan sejarah Kedah Tua yang kaya dengan nilai ketamadunan dan perjuangan sehingga menatijahkan gagasan The Greater Kedah, namun itu tidak ada makna jika masyarakat hari ini khususnya para penuntut ilmu tidak membudayakan akal budi suatu ilmu dalam Masyarakat," jelasnya sewaktu Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS). Jelasnya lagi, modenisasi zaman dan kemajuan teknologi mempunyai hubungan yang rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sanusi berkata, Kerajaan Negeri giat berusaha untuk meningkatkan tahap kompetensi digital, produktiviti, transformasi sosial, inovasi dan kemajuan ekonomi, sains dan penyelidikan sebagai sebuah kenderaan untuk masyarakat berkembang maju dan dapat berfungsi dengan sebaik yang mungkin. "Inilah tanggungjawab yang perlu untuk kita pikul bersama, bimbinglah masyarakat di sekeliling untuk bersama-sama menjaga nilai agama dan budaya bangsa daripada anasir jahat dan bahaya," ujar beliau. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah #konvokesyenunishams26 -UPDA 10/14/2024, 10:30:12 PM 

Tiada ulasan