Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri Kedah Bil.2 Tahun 2024 di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman. Mesyuarat ini membincangkan program berkaitan warga emas yang menjurus kepada kepentingan kumpulan sasar JKM. Jabatan Statistik Malaysia menganggarkan pada tahun 2023 bilangan warga emas adalah seramai 3.6 juta dan mewakili 11% daripada penduduk Malaysia. Di negeri Kedah, anggaran warga emas adalah seramai 277,000 dan mewakili 12.8% daripada keseluruhan penduduk negeri. Menjadi keperluan untuk menyediakan persekitaran kondusif sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaaan bagi membolehkan warga emas menua secara aktif, produktif dan sihat. Ahli Mesyuarat juga mendengar Pembentangan Isu dan Cabaran Warga Emas juga disampaikan oleh Prof Madya Dr Zawawi Abu Bakar, Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia UUM. Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak JKM untuk kesejahteraan warga emas ini. Kesejahteraan sosial yang dinikmati oleh rakyat Malaysia pada masa ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu yang kini menjadi warga emas. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/14/2024, 5:30:19 PM
Post a Comment