JELAJAH PERMATAKU SEJAHTERA SANTUNI ENAM BAYI DUN GURUN
JELAJAH PERMATAKU SEJAHTERA SANTUNI ENAM BAYI DUN GURUN GURUN - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali menyantuni enam buah keluarga yang baru menerima cahaya mata di DUN Gurun. Bayi yang disantuni melalui Program Jelajah Permataku Sejahtera Negeri Kedah itu adalah adik Nur Sofia Zara Zulkarnain, Muhammad Umar, Aura Medina, Muhammad Khalis Dayyan, Nur Humairah Azzahra dan Nur Aisyah Humaira. Menurut YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah, program Permataku Sejahtera adalah salah satu program di bawah kerajaan negeri Kedah yang menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM200 kepada setiap bayi yang dilahirkan di Kedah bermula Mac 2024 melalui akaun Simpan SSPN Prime. "Ini adalah satu program yang baik untuk masyarakat di Kedah terutama golongan B40 untuk jangka panjang pendidikan anak-anak di masa hadapan. "Saya menyeru kepada ibu bapa yang mendapat anak, dalam tempoh 6 bulan sila ke pejabat ADUN untuk mengisi borang dan duit akan dimasukkan ke dalam akaun PTPTN anak-anak," ujarnya. Turut hadir bersama YB Baddrol Bakhtiar, ADUN Gurun dan wakil daripada PTPTN. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/21/2024, 3:00:29 PM
Post a Comment