Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Karnival Jom Jelajah Jeruju Jerlun di Pejabat Daerah Jerlun. Sesi mesyuarat bertujuan untuk mendengarkan lontaran idea daripada ahli mesyuarat bagi melancarkan lagi program yang akan dilaksanakan. Setelah selesai bermesyuarat, mereka terus mengadakan lawatan tapak program di Jejuru Campsite. Turut hadir ADUN Ayer Hitam, YB Cikgu Azhar Ibrahim, pegawai-pegawai agensi kerajaan dan swasta. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/21/2024, 3:30:19 PM
Post a Comment