Header Ads

test

KEDAH GESA PERSEKUTUAN SEGERAKAN KELULUSAN NoC PEMBANGUNAN KHTP


KEDAH GESA PERSEKUTUAN SEGERAKAN KELULUSAN NoC PEMBANGUNAN KHTP ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah menggesa supaya Kerajaan Persekutuan menyegerakan kelulusan notis perubahan (Notice of change - NoC). Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tidak mengambil kira kadar jumlah produktiviti setiap negeri tetapi berdasarkan penempatan produktiviti dieksport. "Sebagai contoh peningkatan kutipan cukai yang berlaku di Kedah, tetapi oleh kerana barang tersebut dijumlahkan masuk ke negeri lain, maka peningkatan pendapatannya masuk ke negeri lain," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu Sidang Media Majlis Pelancaran The Greater Kedah di Dewan Seri Mentaloon semalam. Tambahnya, Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung kerugian kerana hasil penyediaan tanah untuk pembinaan kilang semuanya diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan melalui sektor industri cukai. "Kawasan tersebut kita dapat melalui pinjaman, kita tidak perolehi secara percuma daripada Kerajaan Persekutuan, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dibangunkan dengan pinjaman oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan semuanya dibayar oleh kerajaan negeri," tegas beliau. Jelasnya, terdapat satu pinjaman bagi fasa lima yang memerlukan NoC disebabkan pengambilan tanah yang ingin diambil terlalu mahal melebihi penilaian yang telah dilaksanakan. "Kita minta untuk ditukar proses pengambilan kepada proses jual beli hasil rundingan bersama sebuah syarikat lain. "Maka dari segi prosedur kewangan, kita perlu meminta kebenaran Menteri Ekonomi untuk melaksanakan NOC namun dalam tempoh setahun kelulusan masih belum diberikan daripada pihak Kerajaan Persekutuan," jelasnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah #thegreaterkedah -UPDA 10/28/2024, 7:30:18 PM 

Tiada ulasan