Header Ads

test

LEBIH 200 MANGSA BANJIR BALING DITEMPATKAN DI PPS


LEBIH 200 MANGSA BANJIR BALING DITEMPATKAN DI PPS BALING - Dianggarkan lebih 200 mangsa banjir daripada 63 buah keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Rakan Muda, semalam. ADUN Kupang, YB Brigedier Dato' Haji Najmi Haji Ahmad berkata, jumlah itu merangkumi penduduk dari lapan buah kampung iaitu Kampung Charok Sikin, Kampung Gua Reban, Kampung Charok Bemban, Kampung Banggol Serdang, Kampung Sungai Limau , Kampung Tok Bandar Pekan Lama Pulai, Kampung Tanjung Merbau dan Kampung Dato' Pulai. Beliau hadir menyantuni mangsa-mangsa banjir selain mendapatkan maklumat semasa daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Baling. Makan dan minum semua mangsa banjir malam semalam disediakan oleh Angkatan Telus Misi (ATMS) Truckers. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JKM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia daerah Baling, polis, ATMS Truckers, Penghulu Pulai, Majlis Ketua Kampung (MKK) dan semua sukarelawan serta pihak terlibat. Beliau mendoakan kesejahteraan semua mangsa dan para petugas, semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Beliau turut memaklumkan, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang sedang mengumpul jumlah dan maklumat semua mangsa terlibat untuk bantuan lanjut dan penyediaan makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang tidak berpindah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/10/2024, 12:00:09 PM 

Tiada ulasan