Header Ads

test

PELIHARA ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK


PELIHARA ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK AYER HITAM - Semua pihak bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar daripada pencemaran dan kerosakan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria berkata, kelestarian alam sekitar amat penting dalam ekosistem kehidupan semua makhluk di atas muka bumi. Tambahnya, Exco Alam Sekitar Negeri Kedah mengambil inisiatif mengadakan sebanyak dua siri Karnival Alam Sekitar dan lima siri berbentuk Hari Alam Sekitar Negeri Kedah di parlimen-parlimen yang terpilih. "Tujuan program ini diadakan, tidak lain tidak bukan untuk menyahut seruan YAB Dato Seri Menteri Besar Negeri Kedah untuk menjadikan negeri ini ke arah negeri yang lebih hijau, bersih dan sejahtera," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Program Karnival Alam Sekitar Negeri Kedah Tahun 2024 Peringkat Parlimen Jerlun bertempat di Dataran Putra Jerlun, Majlis Perbandaran Kubang Pasu di sini, hari ini. Program sebegini katanya, dapat menanamkan kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai sayangi alam sekitar. Menurut beliau, ia juga merupakan satu platform bagi pihak kerajaan negeri untuk meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat dalam perkongsian pengetahuan, kefahaman dan kemahiran penjagaan kepada masyarakat. "Antara langkah yang boleh diambil oleh setiap individu dalam memelihara alam sekitar adalah mengurangkan penggunaan plastik, mengamalkan kitar semula, mengurangkan penggunaan tenaga, menjimatkan penggunaan air dan menyertai aktiviti gotong-royong," katanya. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 10/26/2024, 7:54:00 PM 

Tiada ulasan