Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat ke Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Setia Universiti Utara Malaysia. Mengiringi Baginda Tuanku Sultan, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Hj Khazali; Mufti Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Fadzil Awang; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Datuk Wira Dr. Mohd Shukor Mahfar. Baginda turut mencemar duli perkenan menyampaikan anugerah kepada 400 orang penerima. Penganugerahan hari ini dianugerahkan sebagai memperakui dan tanda penghargaan universiti kepada penerima yang telah memberikan kesetiaan kepada raja, negara dan universiti serta khidmat bakti selama 25 tahun dan ke atas. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah #thegreaterkedah -UPDA 10/15/2024, 3:30:33 PM
Post a Comment