Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Kerajaan Negeri Kedah akan melancarkan Kampung Tersusun Pertama Negeri Kedah tidak lama lagi. Projek sulung di Kampung Perik, Kuala Nerang ini mempunyai 100 lot tanah untuk golongan fakir miskin yang tidak mempunyai tanah. ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria bersama Pegawai Daerah, Jurutera Daerah JKR serta beberapa kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap turut melawat tapak tersebut sebagai persiapan awal majlis pelancaran. Projek ini akan memberikan manfaat besar kepada sebahagian rakyat Padang Terap yang layak. Projek ini diharapkan dapat memenuhi keperluan perumahan yang semakin meningkat dan memberikan manfaat besar kepada rakyat Padang Terap yang memerlukan. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/15/2024, 5:00:28 PM
Post a Comment