Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Sudah sampai masanya penduduk Kampung Lanai DUN Kupang dengan Penduduk Kampung Charok Beras DUN Kuala Ketil menikmati jalan berturap sepanjang 1.5 kilometer yang menghubungkan kedua-dua kampung mereka. Dalam tinjauan ADUN Kupang, YB Brigedier Dato' Haji Najmi Haji Ahmad baru-baru ini, beliau menerima laporan bahawa jalan berkenaan belum pernah diturap sejak lebih 50 tahun lalu. Jalan berkenaan selama ini hanyalah bertanah merah. Keadaan laluan ini tidak rata dan dan berlubang-lubang, maka hanya pacuan empat roda dapat melaluinya selain motosikal yang boleh menyelit. Lebih memburuk apabila hujan. Selain jalan pintas penduduk kampung dari Kampung Lanai ke Kuala Ketil dan dari Kampung Charok Beras ke Parit Panjang dan Baling, jalan ini digunakan ratusan pekebun kecil untuk mengeluarkan hasil pertanian mereka. Atas inisiatif penduduk, mereka telah bergotong royong menambun batu-batu sungai di beberapa bahagian jalan yang teruk menggunakan wang sendiri. Insha Allah usul untuk menaik taraf jalan ini kepada berturap akan diangkat dalam mesyuarat Pejabat Daerah Baling dalam masa terdekat. Dato' Najmi juga akan berbincang dengan ADUN Kuala Ketil, YB Mejar (B) Mansor Zakaria berkaitan hal ini. Hadir sama dalam tinjauan, Penghulu Mukim Pulai, Hazmir Md Isa, Pegawai Khas Ahli Parlimen Baling, Hashimi Md Isa, Pegawai Khas ADUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar, Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Lanai, Mohd Hassan Rawther, Setiausaha MKK Kampung Lanai, Mohd Dakroh Yaso, Pengerusi MKK Kampung Charok Beras, Md Saad Jamaluddin dan Setiausaha MKK Kampung Charok Beras, Shahruddin Man. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 10/29/2024, 3:00:52 PM
Post a Comment