Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, berkenan hadir ke Majlis Santapan Malam dan Apresiasi Rakan Strategik Lembaga Zakat Negeri Kedah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Turut berangkat Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehudin, Tuanku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehudin. Keberangkatan tiba Tuanku Sultan disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; Barisan Ahli Mesyuarat Negeri Kedah, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato' Syeikh Zakaria Othman. Dalam majlis berkenaan, Baginda Tuanku Sultan berkenan menyampaikan titah ucapan serta menyempurnakan gimik Pelancaran Sijil Wakaf Tunai "Projek Hassan", penyerahan zakat perniagaan oleh 8 buah syarikat korporat dan sumbangan bagi melaksanakan "Projek Hassan" LZNK oleh 9 buah institusi perbankan dan korporat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.733 juta. 'Projek Hassan' menjadi simbol kesungguhan untuk mengubah nasib petani di Kedah melalui inisiatif Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (Smart SBBA) sejak 2018 di tanah seluas 201 hektar. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #SultanKedah #lznk #thegreaterkedah -UPDA 10/4/2024, 11:01:02 AM 

Tiada ulasan