Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad mengiringi Yang Teramat Mulia Datin Paduka Dato' Tunku Hajah Nafisah Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Yayasan Sultanah Bahiyah menyampaikan sumbangan sempena Sambutan Hari Deepavali kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan fakir miskin yang beragama Hindu di negeri Kedah. Seramai 100 orang penerima dari daerah Kota Setar dan Kubang Pasu hadir ke majlis tersebut di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar. Sumbangan juga diberikan kepada tiga daerah yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda negeri Kedah yang diwakili Pegawai Daerah masing masing. Turut hadir, EXCO Kerajaan Negeri Kedah, YB Wong Zhia Chia; Pegawai Daerah Kota Setar, Dato Hakim Arif serta kakitangan Yayasan Sultanah Bahiyah. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 10/24/2024, 8:00:38 PM 

Tiada ulasan