Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menghadiri Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Pelan Transformasi Air 2040 diharap dapat menjadi panduan dalam memastikan kelestarian air negara untuk dekad-dekad akan datang. Rakyat juga dinasihati agar menjaga sumber air dengan baik serta tidak membazir dalam penggunaannya kerana sumber air yang terpelihara akan memastikan alam sekitar yang sejahtera untuk generasi akan datang. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 10/30/2024, 11:00:24 AM
Post a Comment