Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah selaku Canselor UniSHAMS berkenan mencemar duli menyempurnakan Pengisytiharan Istiadat Konvokesyen sekaligus menyempurnakan majlis penganugerahan istiadat Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) kali ke 26 (Sidang Pertama). Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah. Hadir sama mengiringi baginda Tuanku Sultan, Menteri Besar YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Haji Khazali; Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato' Paduka Sheikh Fadzil Haji Awang. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #konvokesyenUniSHAMS26 #MBKedah -UPDA 10/13/2024, 3:29:58 PM
Post a Comment