Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) turun memberikan sumbangan kepada 200 keluarga penoreh getah di DUN Kuala Nerang. ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Timbalan Presiden Muslim Care, Haji Johari Ismail dan rombongan; Persatuaan Kakitangan Islam Maybank dan Surau Al-Ikhlas yang menyumbang seekor lembu, wang tunai, pek makanan dan kit ibadah. Program yang berlangsung di Dewan Terbuka Masjid Kampung Labi Tualak itu bertujuan membantu golongan yang memerlukan dan meringankan beban mereka terutama dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian pada musim hujan ini. Beliau berharap agar sumbangan ini dapat memberi manfaat dan mendorong penerima termasuklah empat orang penerima dari masyarakat Siam Tanah Merah untuk terus berusaha dalam kehidupan mereka. Turut hadir Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nurul Amin Hamid. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/6/2024, 3:00:49 PM 

Tiada ulasan