Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Kedah Bil 1/2024 di Wisma Darul Aman. Mesyuarat tersebut membentangkan tentang penubuhan Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah serta mendengar taklimat daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah berkaitan fungsi dan peranan JBSNK dalam pembangunan belia dan sukan di negeri ini. Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah yang bakal ditubuhkan ini merupakan badan di peringkat negeri dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Majlis Belia Malaysia Negeri Kedah, Pejabat Daerah dan lain-lain jabatan serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan bagi memastikan pembangunan belia dapat dibuat secara inklusif merangkumi pembangunan insan, pertanian, usahawan, inovasi dan lain-lain. Semoga pembangunan sukan di negeri Kedah terus diperkasakan berpandukan gagasan "Sukan Satu Ibadah". #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/16/2024, 12:30:12 PM 

Tiada ulasan