Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB Dato' Wira Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin bersama ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria, Pegawai Tanah dan Daerah Padang Terap, Jurutera Daerah JKR Padang Terap serta kakitangan pejabat Daerah melawat semula tapak cadangan projek kampung tersusun pertama negeri Kedah di Kampung Perik. Kehadiran Pegawai Kewangan dan para pegawai dalam lawatan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam menyediakan perumahan yang berkualiti dan tersusun untuk rakyat. Pihak yang terlibat turut mengambil kesempatan untuk berbincang mengenai keperluan dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan projek tersebut. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/16/2024, 1:30:10 PM
Post a Comment