Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mempengerusikan mesyuarat dan pembentangan cadangan untuk projek New Submarine Pipeline To Langkawi. Cadangan projek dibentangkan oleh Bina Darulaman Berhad serta Gadang Holding Berhad termasuk perincian teknikal dan anggaran kos, serta kesan positif terhadap alam sekitar. Turut hadir wakil Bahagian Perancang Ekonomi Negeri dan Syarikat Air Darul Aman serta wakil syarikat-syarikat yang terlibat menunjukkan komitmen bersama untuk memastikan kesejahteraan rakyat di negeri Kedah. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/7/2024, 3:00:27 PM
Post a Comment