Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


11,000 PESERTA MERIAHKAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024 Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Kedah kali ini begitu meriah dengan anggaran 11,000 peserta yang mengambil bahagian. Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din hadir mewakili YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah ke Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 yang diadakan di Universiti Utara Malaysia, Sintok. Program diisi dengan pelbagai acara menarik seperti Fun Ride 30KM, Larian Untuk Negara FM Fun Run (5km) dan Berjalan Ria FM Fun Walk (3km). Beliau dan tetamu kenamaan yang lain turut menyertai Fun Ride sejauh 5.8KM mengelilingi Kampus UUM. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/13/2024, 12:00:14 PM 

Tiada ulasan