Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KERAJAAN NEGERI KEDAH BANTU USAHAWAN WANITA Kerajaan Negeri Kedah terus menunjukkan komitmen dalam membantu golongan wanita menerusi pemberian bantuan kewangan kepada 27 penerima Tabung Usahawan Wanita Sejahtera bagi DUN Kuala Nerang. ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mengadakan sedikit taklimat ringkas kepada penerima berkenaan dengan bantuan tersebut di Pejabat PKWR DUN Kuala Nerang. Bantuan ini dikhususkan untuk wanita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan, mengikut kriteria dan syarat yang telah ditetapkan. Inisiatif ini merupakan langkah proaktif kerajaan negeri dalam membantu golongan wanita memajukan perniagaan atau perusahaan kecil, seterusnya meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan mereka. Pemberian bantuan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri Kedah dalam memperkasakan usahawan wanita, terutamanya yang berusaha menambah pendapatan melalui perniagaan kecil. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/13/2024, 1:00:24 PM 

Tiada ulasan