Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menjenguk orang sakit, atau mengunjungi saudaranya seislam (kerana Allah), maka akan ada yang memanggilnya, bahawa engkau telah berbuat baik dan perjalananmu juga baik serta engkau telah menyiapkan suatu tempat tinggal di dalam Syurga." ADUN Kubang Rotan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin berkesempatan menyantuni beberapa orang penduduk yang diuji dengan masalah kesihatan di Taman Sri Abadi, Kuala Kedah. Ziarah prihatin dimulai menziarahi Maznan Hussain yang diuji kanser paru-paru di kediaman beliau. Seterusnya, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menyantuni adik Ahmad Naufal Rayyan yang menghidap kanser otak. Usai di rumah adik Ahmad Naufal, beliau bersama Skuad Prihatin Kubang Rotan menziarahi Johari Mad Saad yang mengalami serangan angin ahmar. Beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka yang diuji dengan masalah kesihatan. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/14/2024, 12:30:32 PM 

Tiada ulasan