Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
PROJEK TEBATAN BANJIR KEDAH: RM1.0 BILION UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT Empat projek bernilai lebih RM1.0 bilion peruntukan pembangunan persekutuan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) sedang giat dilaksanakan. Selain itu projek RTB berkeutamaan tinggi bernilai lebih RM156 juta juga telah diluluskan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria berkata projek ini adalah sebahagian projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengatasi masalah banjir. Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) membentangkan Status dan Operasi Banjir di kawasan MADA kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar di Wisma Darul Aman susulan kepada kejadian banjir yang berulang di negeri Kedah. Dengan pelaksanaan projek-projek ini, diharapkan masalah banjir yang melanda negeri Kedah dapat diatasi dan kesejahteraan penduduk dapat dipulihkan. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/14/2024, 1:00:20 PM
Post a Comment