Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad merasmikan Program Charity Fun Run & Ride @ Hospital Pantai Sungai Petani 2024 di Taman Tema Tasik Darul Aman. Program yang diadakan adalah untuk memberi kesedaran kanser payudara kepada pengunjung terutama wanita kerana kesihatan adalah teraju utama pembangunan kepada keluarga sejahtera. Para peserta yang hadir digalakkan mengambil peluang mencuba segala aktiviti yang disediakan dan mendengar forum bersama pakar kanser dari Pantai Hospital Sungai Petani serta mengambil peluang mendapatkan suntikan vaksin HPV DNA. Difahamkan hasil kutipan dana yang diperolehi dari program hari ini adalah untuk meringankan beban pesakit-pesakit kanser yang kurang berkemampuan. Beliau turut menyeru kepada para peserta wanita untuk sama-sama melakukan pemeriksaaan secara rutin yang mana secara tidak langsung dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup kita. Hal ini kerana pengesanan kanser payudara pada peringkat awal dapat menyelamatkan nyawa dan kaedah rawatannya adalah lebih berkesan. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 10/27/2024, 9:30:11 PM
Post a Comment