Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Akibat masalah penceraian ibu bapa, dua orang kanak-kanak tiada dokumen pengenalan diri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad turun padang bersama Pengarah Jabatan Pendaftaran Negari Kedah, Faraisha Adira Yahaya dan Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu, Hasnol Reduwan untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Alhamdulilah masalah dokumen pengenalan diri dapat diselesaikan bagi memudahkan kanak- kanak tersebut melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah berdekatan. Usai lawatan ke rumah kanak- kanak itu di Kampung Ketol Tunjang, beliau bersama agensi JKM serta setiausaha MKK kampung menyantuni empat orang pesakit terlantar yang memerlukan bantuan bulanan daripada pihak JKM. Hasil lawatan tadi pihak JKM telah meluluskan skim pesakit terlantar kepada tiga orang daripada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JKM. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/22/2024, 3:00:43 PM
Post a Comment