Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria membuat lawatan kerja ke tiga unit rumah pam SADA yang telah siap dibina. Rumah pam ini berperanan penting dalam menyelesaikan masalah bekalan air kepada 590 akaun yang terjejas sebelum ini. Terima kasih kepada pihak SADA di atas usaha menyelesaikan masalah air di kawasan-kawasan terjejas demi memastikan penduduk dapat menikmati bekalan air yang lebih baik. Antara rumah pam yang dilawati: 1. Rumah Pam Taman Delima: Kos projek sebanyak RM 281,500.00, telah siap pada 21 Ogos 2024 dan memberi manfaat kepada seluruh penduduk Taman Delima, melibatkan 130 akaun pengguna. 2. Rumah Pam Keda Wang Tok Rendong: Kos projek berjumlah RM 290,000.00, siap pada 10 Oktober 2024 dan memberi manfaat kepada 250 akaun pengguna di seluruh kawasan perumahan Keda Wang Tok Rendong. 3. Rumah Pam Kisap: Kos projek RM 281,500.00 yang siap pada 10 Oktober 2024 dan memberikan manfaat kepada 210 akaun pengguna di kawasan Taman Kisap, Kampung Teluk, Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh, dan Sekolah Kebangsaan (Jenis) Tamil. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/22/2024, 4:00:36 PM 

Tiada ulasan