Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ZIARAH KASIH LUNAS PRIHATIN ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli meluangkan masa menziarahi Puan Siti Zubaidah Zainal Abidin dan keluarga di Kampung Keladi, baru-baru ini. Ketika ziarah, Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Keladi mengadakan program gotong-royong bagi membantu membersihkan rumah Puan Siti Zubaidah. Keadaan suami beliau yang sakit serta anak-anak yang masih kecil menyebabkan beliau dihimpit dengan masalah kemiskinan. Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Lunas akan berbincang dengan agensi yang berkaitan agar bantuan secara berkala dapat disalurkan setiap bulan. Terima kasih kepada Azri Abas dan masyarakat Kampung Keladi di atas keprihatinan menganjurkan program tersebut. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/21/2024, 11:30:38 AM 

Tiada ulasan