Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria hadir ke Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara di Pantai Chenang, Langkawi. Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Dr Ching Thoo A/L Kim yang mewakili Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Program yang diadakan di Pantai Cenang, Langkawi itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar dan kepentingan sumber semulajadi dalam kalangan masyarakat. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung termasuk pameran, ceramah dan aktiviti interaktif yang mempromosikan amalan kelestarian alam. Majlis ini merupakan langkah penting dalam usaha kerajaan untuk melestarikan sumber semula jadi dan menggalakkan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam pemeliharaan alam sekitar. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/21/2024, 10:44:35 AM 

Tiada ulasan