Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
ADUN Bandar Baharu, YB Ts Dr Mohd Suffian Yusoff turun meninjau kebocoran paip bersaiz 700 mm bertempat di belakang hentian bas berdekatan Taman Sejahtera. Kebocoran paip bersaiz besar ini mendapat perhatian pihak SADA dan hari ini pihak operator air SADA telah mengeluarkan satu notis kecemasan gangguan bekalan air yang akan melibatkan 3,500 akaun untuk kerja-kerja membaiki paip tersebut. Semoga paip ini segera diperbaiki demi memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/23/2024, 3:30:09 PM
Post a Comment