Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah menghadiri Lawatan Kerja YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ke Kulim Hi-Tech Park. Dengan sinergi dan kerjasama erat kerajaan negeri dan persekutuan, pasti akan dapat membangunkan Kulim Hi-Tech Park ini dengan lebih pesat. Kerajaan hari ini perlu memberi fokus kepada keperluan tenaga kerja di Kulim Hi-Tech Park seterusnya memperkasa pendidikan TVET bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir terutamanya dalam sektor E&E. Turut bersama Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/7/2024, 8:00:34 PM
Post a Comment