Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menerima kunjungan serta mengadakan perbincangan bersama pemain industri pengurusan majlis sekitar Alor Setar di Wisma Darul Aman. Dalam pertemuan itu, pelbagai perkara dibincangkan serta perancangan usahasama bagi merancakkan sektor ekonomi dan pelancong di Kedah melalui penganjuran aktiviti dan majlis sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Beliau turut berkesempatan mengadakan perbincangan bersama Majlis Bandaraya Alor Setar berkaitan konsep pembinaan rumah kayu tradisional di Medan Bandar, Alor Setar. Seterusnya, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menerima kunjungan daripada Pertubuhan Penyelidikan Manuskrip Melayu Malaysia yang diketuai oleh Dr. Hasanudin Yusof bagi mengangkat permainan Catur Malayu yang ketika ini hampir ditelan arus permodenan. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/16/2024, 3:00:26 PM
Post a Comment