Header Ads

test

PPSAB BERI MANFAAT KEPADA 550 PENDUDUK SIK


PPSAB BERI MANFAAT KEPADA 550 PENDUDUK SIK SIK - Projek Pembangunan Sistem Air Bersih (PPSAB) di Kampung Bukit Batu, Sik akan memberi manfaat kepada penduduk setempat. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria berkata, projek yang bernilai RM500 ribu dapat memberi manfaat kepada 550 penduduk dan tiga buah surau di Kampung Bukit Batu, Kampung Kubang serta Kampung Bukit Berangan. Katanya, projek telaga tiub melalui PPSAB itu dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Ikhlas dan Tabung Haji Wilayah Utara bertujuan mengatasi masalah bekalan air bersih yang dihadapi oleh penduduk berkenaan. "Ini bukan kali pertama Yayasan Ikhlas membantu membina telaga tiub untuk menjadi sumber air bersih kepada penduduk Sik. "Ini adalah manifestasi slogan kita 'Negeri Tempat Orang Miskin Berteduh, Negeri Tempat Orang Kaya Menabur Bakti'," kata beliau ketika mewakili Menteri Besar Kedah merasmikan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih di Kampung Bukit Batu, Sik di sini hari ini. Jelas Munir, pembinaan telaga tiub itu bagi mengatasi kesukaran mendapatkan bekalan air disebabkan oleh kedudukan kampung yang lebih tinggi daripada aras Tangki Air Belantik. "Untuk mengatasi masalah ini dalam jangka masa panjang, SADA sudah memohon peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) untuk membina tangki menara di Bukit Berangan serta paip agihan untuk menyalurkan air bersih ke Kampung Bukit Batu, Bukit Berangan serta kampung-kampung lain di kawasan ini," katanya. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/4/2024, 8:00:34 PM 

Tiada ulasan