REALISASIKAN THE GREATER KEDAH, PERLU SINERGI SEMUA PIHAK
REALISASIKAN THE GREATER KEDAH, PERLU SINERGI SEMUA PIHAK ALOR SETAR - Semua pihak perlu bergerak secara sinergi dalam usaha merealisasikan The Greater Kedah menjelang 2035. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah setiap rakyat Kedah harus mempunyai jiwa yang dahagakan kejayaan dan bersemangat untuk menjadi penyumbang tenaga kepada agenda tersebut. Katanya, bangsa Kedah adalah bangsa yang berjaya berteraskan nilai islamik, saintifik, dinamik dan dahagakan kejayaan. "Kerajaan akan usahakan misi mentransformasikan pembangunan ekonomi dengan mengambil kira ekonomi rakyat serta alam sekitar. "Kerajaan negeri juga mengharapkan seluruh agensi jabatan negeri dan persekutuan untuk memberi perkhidmatan terbaik dalam menjadi sebahagian daripada The Greater Kedah," ujarnya dalam majlis Pelancaran The Greater Kedah di Dewan Seri Mentaloon di sini, hari ini. Tambah beliau, dalam teras keterangkuman sosial dan budaya, kerajaan negeri akan berusaha membangunkan 300,000 buah rumah di Kedah untuk memenuhi keperluan penduduk negeri menjelang 2035. Dalam aspek keseimbangan modal insan dan bakat, jelasnya lagi seramai 200,000 anak Kedah perlu dilatih untuk menguasai kemahiran industri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja membangunkan The Greater Kedah. Kata YB Dr. Haim Hilman, kerajaan negeri Kedah juga perlu berusaha mewujudkan kerangka hala tuju pembangunan sistem pendidikan yang menfokuskan institusi tahfiz dan pondok. "Tahfiz boleh dibangunkan menjadi tahfiz sains dan institusi pondok yang turut mempunyai pendidikan TVET," ujar beliau. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 10/27/2024, 6:00:59 PM
Post a Comment