Header Ads

test

SIAP SEDIA HADAPI BANJIR AKIBAT PERUBAHAN IKLIM


SIAP SEDIA HADAPI BANJIR AKIBAT PERUBAHAN IKLIM ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mengambil langkah awal untuk menghadapi risiko banjir susulan peralihan monsun. Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata tindakan itu penting bagi mengelakkan kejadian banjir dan kemusnahan infrastruktur, termasuk jambatan di kawasan berkenaan. "Bila berlaku peralihan monsun 24 September, ia dijangka membawa hujan lebat yang mengakibatkan aliran kuat di Sungai Iboi, baru-baru ini air naik rapat jambatan. "Kita melawat hari ini projek cuci sungai di bawah usaha meluruskan sungai, mengeluarkan batu-batu dan bahan-bahan yang menyekat aliran air sepanjang lima kilometer bermula dari Jambatan Bailey, bila air mengalir lancar barulah tidak mengganggu struktur jambatan dan tebing," kata beliau ketika meninjau keadaan sungai di Kampung Iboi hari ini. Jelasnya, langkah-langkah awal seperti projek pembersihan sungai dan pembinaan infrastruktur yang lebih kukuh adalah penting untuk menghadapi sebarang kemungkinan. "Kita harap dapat membuat persediaan awal sekiranya berlaku banjir.Tadi kita nak pastikan isu-isu teknikal dan perundangan diuruskan selari dengan kehendak undang-undang. "Kalau tidak berlaku banjir, Alhamdulillah, tetapi jika berlaku, kita sudah bersedia," katanya. Dalam perkembangan lain, Sanusi berkata tender pembinaan jambatan kekal bagi menggantikan jambatan sementara Bailey dijangka dibuka pada Januari 2025 dan pembinaan akan dimulakan pada Mei pada tahun hadapan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 10/2/2024, 4:36:13 PM 

Tiada ulasan