AGIHAN ZAKAT UNTUK PELAJAR DI INSTITUSI PONDOK KINI DIBUKA
AGIHAN ZAKAT UNTUK PELAJAR DI INSTITUSI PONDOK KINI DIBUKA Lembaga Zakat negeri Kedah mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon agihan zakat untuk pelajar di Institusi Pondok Dalam dan Luar Negara. SYARAT KELAYAKAN ✅ Pelajar sedang menetap atau bermastautin di Negeri Kedah sekurang kurangnya 2 tahun ✅ Pelajar berumur antara 13 hingga 25 Tahun pada tahun 2024. ✅Tempat Pengajian (Pondok) berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atau diiktiraf oleh pihak berautoriti seperti kedutaan, institut pengajian atau persatuan pelajar berkaitan bagi Pondok Luar Negara ✅ Pelajar sedang menuntut pengajian di Pondok secara sepenuh masa sekurang-kurangnya satu tahun. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ✳ Permohonan boleh dibuat https://bit.ly/AgihanPelajarPondok mulai 1 November 2024 sehingga 31 Disember 2024. 📢 Maklumat lanjut sila hubungi : Divisyen Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah 📞 1800-88-1740 🌐 Email : pendidikan@zakatkedah.com.my 📲 Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman " Zakat Anda Merubah Asnaf " ▶️ Panjangkan makluman ini, untuk kebaikan anak-anak asnaf di Negeri Kedah #ZakatAndaKamiAgih #AgihanPenuntutPondok ➖➖➖➖➖➖➖ Jom Kira dan Bayar Zakat Anda Di Sini 👇 https://jom.zakatkedah.com.my/-UPDA 11/7/2024, 11:00:01 AM
Post a Comment