Header Ads

test

BAJET 2025: FOKUS KEBAJIKAN RAKYAT DENGAN PERUNTUKAN RM28.1 JUTA


BAJET 2025: FOKUS KEBAJIKAN RAKYAT DENGAN PERUNTUKAN RM28.1 JUTA ALOR SETAR – Exco Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad menyifatkan bahawa Bajet 2025 memberi tumpuan yang besar terhadap aspek kebajikan rakyat. Menurutnya, bajet kali ini memperuntukkan sebanyak RM28.1 juta, RM25.8 juta disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Dengan peruntukan ini, JKM dapat melaksanakan pelbagai bantuan kepada yang layak dan memerlukan. "Untuk bantuan bulanan sahaja ianya akan memberi manfaat kepada lebih daripada 5000 orang penerima," jelas beliau dalam sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri. Sementara itu, jelas Halimaton lagi, Program Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar pula diperuntukkan sebanyak RM1.5 juta yang akan dimanfaatkan oleh 3000 penerima. "Seterusnya, rumah transit di peruntukan sebanyak RM800 ribu, iaitu RM500 ribu untuk kerja-kerja membaikpulih dan melengkapkan perabut bangunan Anjung Kasih di Langkawi. "Manakala, RM300 ribu lagi untuk pengurusan dua buah rumah transit iaitu Rumah Transit Kedah dan Rumah Transit Anjung Kasih di Langkawi yang akan mula beroperasi pada tahun depan," jelas beliau. Dalam perkembangan yang sama, beliau memaklumkan pembangunan semula rumah orang tua Sungai Tengas, yang terletak di Daerah Kulim menelan belanja hampir RM1 juta telah siap sepenuhnya. #sidangbajetkedah2025 #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/27/2024, 5:31:04 PM 

Tiada ulasan