Header Ads

test

BAJET 2025: PERJALANAN TRANSFORMASI KEDAH


BAJET 2025: PERJALANAN TRANSFORMASI KEDAH ALOR SETAR - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini telah meluluskan Bajet2025 menandakan langkah penting dalam transformasi ekonomi dan sosial negeri. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, Dr Haim Hilman Abdullah, Kedah menduduki negeri teratas di Malaysia sehingga Jun tahun ini dalam menarik pelaburan asing khususnya sektor pembuatan berjumlah RM31.9 bilion. "Kita bukan sekadar membuat laporan tetapi mencatatkan pencapaian signifikan. "Kulim Hi Tech Park telah menerima pelaburan sebanyak RM107 bilion dalam tempoh tiga tahun terakhir, majoritinya daripada syarikat-syarikat teknologi tinggi seperti pembekal semikonduktor global," katanya ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini. Bajet2025 juga menurut beliau memberi fokus khusus kepada pembangunan modal insan. Mengulas lanjut Haim Hilman menggesa anak muda Kedah mempersiapkan diri dengan kemahiran industri untuk memanfaatkan peluang pekerjaan akan datang. Konsep "Cordoba of Kedah" sebagai agenda pendidikan transformatif menurut beliau akan menjadikan Kedah sebagai hab pembangunan di utara Malaysia dan pusat kekuatan ekonomi serantau. "Saya yakin suatu hari nanti anak-anak Kedah akan menjadi pengurus utama syarikat multinasional. "Antara inisiatif utama termasuk pengukuhan institusi pendidikan tempatan seperti UniSHAMS dan Kismec K-Techno serta kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi lain,"ujarnya. #sidangbajetkedah2025 #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/28/2024, 5:32:19 PM 

Tiada ulasan