BANJIR DIJANGKA BERLAKU JIKA HUJAN BERTERUSAN
BANJIR DIJANGKA BERLAKU JIKA HUJAN BERTERUSAN ALOR SETAR – Ramalan banjir dijangkakan berlaku berikutan hujan berterusan selama dua hari berturut-turut. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah dibuka susulan berlakunya limpahan air di empangan dan sungai-sungai. "Semua penduduk diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga, bagi masyarakat yang selalu mengalami banjir, anda diminta segera berpindah ke PPS apabila diarahkan," katanya. Tambahnya, semua Pegawai Daerah di setiap daerah kini sudah bersedia dengan situasi banjir seperti yang berlaku pada September yang lalu. Sanusi memaklumkan sedemikian berdasarkan tinjauan paras kedudukan air di empangan yang kini dilihat semakin merisaukan. "Berkenaan status terkini projek RTB masih belum siap dan akan dilaksanakan segera mengikut jadual yang ditetapkan," jelas Sanusi. Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas sesi Sidang Bajet Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini. "Gelombang hujan berterusan ini dijangka berlaku sehingga hujung bulan November ini," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajet2025 #UPDA -UPDA 11/28/2024, 5:00:40 PM
Post a Comment