BATIK AIR UMUM LALUAN BAHARU KUALA LUMPUR (KUL) - ALOR SETAR (AOR)
BATIK AIR UMUM LALUAN BAHARU KUALA LUMPUR (KUL) - ALOR SETAR (AOR) ALOR SETAR - Batik Air telah mengumumkan laluan baharu Kuala Lumpur (KUL) - Alor Setar (AOR) bermula 5 Disember 2024. Menurut Batik Air dalam kenyataan media, laluan baharu Kuala Lumpur-Alor Setar itu menandakan satu pencapaian penting dalam pengembangan rangkaian domestik penerbangan itu menghubungkan ibu negara yang sibuk dengan pesona sejarah Kedah. Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, Batik Air menekankan kepentingan memperkuatkan hubungan antara utara Malaysia dan ibu negara untuk menyokong pelancongan domestik sambil mencipta peluang untuk pertumbuhan ekonomi di kawasan utara. "Kami sangat teruja untuk menyokong Tahun Melawat Kedah 2025 yang bertemakan Experience Kedah. "Kedah berada dalam lima negeri teratas di Malaysia menerima ketibaan pelancong paling ramai, dengan lebih 6.45 juta pengunjung pada tahun 2023," katanya dalam satu kenyataan media. Tambahnya, laluan Kuala Lumpur- Alor Setar akan beroperasi tujuh kali seminggu menerusi pesawat Boeing 737 Batik Air yang terdapat dalam kelas ekonomi dan kelas perniagaan. Jelasnya lagi, laluan baharu tersebut menjanjikan pengukuhan sektor pelancongan, sokongan kepada ekonomi tempatan dan peningkatan aksesibiliti ke kawasan utara yang unik. "Dikenali dengan sawah padi yang indah, tapak warisan yang kaya dan pasar tempatan yang meriah, Alor Setar mengundang pengunjung untuk merasai sisi autentik Malaysia yang menarik bagi pengembara pelancong dan perniagaan. "Daripada mercu tanda bersejarah seperti Menara Alor Setar yang ikonik dan Balai Besar hingga ke hidangan kulinari Pekan Rabu, ibu negeri Kedah menawarkan gabungan tradisi dan moden," ujarnya. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/7/2024, 4:00:23 PM
Post a Comment